KUALA LUMPUR, 23 Jan — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini menggesa Ketua Polis negeri Datuk Datuk Abd Rahim Hanafi untuk mengambil tindakan sewajarnya keatas pihak bertanggungjawab mengedar risalah berbentuk ugutan untuk membakar kitab Injil yang tersebar di negeri tersebut.
Dalam satu surat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lim berharap agensi penguatkuasa tersebut menghalang daripada rancangan tersebut yang dikatakan bakal diadakan pada 27 Januari di Padang Bandaran Bagan Luar, Butterworth, dapat dihalang.
“Saya ingin memohon jasa baik dan kerjasama pihak Datuk Abd Rahim untuk mengambil tindakan yang sewajarnya, menghalang perbuatan tersebut daripada berlaku,” kata beliau (gambar) dalam satu surat kepada PDRM.
Lim juga berharap pihak polis dapat mengerahkan kawalan ketat pada hari Ahad ini bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini dan buruk berlaku jika ia berjalan.
“Saya juga berharap agar kawalan diketatkan pada waktu tersebut bagi menjaga keselamatan dan keharmonian kawasan itu,” tambah setiausaha agung DAP itu lagi.
Ugutan membakar Injil telah disuarakan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Melayu pro-kerajaan Barisan Nasional, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dalam satu konvensyen mereka di Pulau Pinang minggu lalu.
Dalam laporan media semasa konvensyen tersebut, Datuk Ibrahim Ali mencadangkan supaya naskhah Injil dibakar untuk menghentikan tindakan menghina sensitiviti orang Islam.
Walaubagaimanapun sejurus ugutan oleh NGO tersebut dipertikaikan dan dituduh bertujuan menimbulkan sentimen kebencian antara agama, Perkasa telah mengeluarkan satu kenyataan menjelaskan kenyataan Ibrahim telah disalahtafsir kerana kitab Injil yang dimaksudkan adalah dalam bahasa Melayu.
Susulan kenyataan oleh presidennya tersebut, ia telah mengundang pelbagai kritikan daripada pihak Pakatan Rakyat (PR), NGO dan pengamal undang-undang.
Malahan, pengerusi DAP Karpal Singh juga telah membuat satu laporan polis ke atas Ibrahim semalam bagi menggesa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengambil tindakan keatas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Emas tersebut.
Perkasa aktif dalam memperjuangkan kepentingan bangsa Melayu dan seringkali mengkritik Pakatan Rakyat (PR) — gabungan PKR, PAS dan DAP yang dikatakan menggugat kepentingan Melayu dan bumiputera sepertimana dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Kehadiran Perkasa tidak disenangi oleh sesetengah pihak terutamanya dari PR yang menggangap pertubuhan tersebut mengamalkan perkauman dan tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum.
This entry passed through the Full-Text RSS service — if this is your content and you’re reading it on someone else’s site, please read the FAQ at fivefilters.org/content-only/faq.php#publishers. Five Filters recommends: Gaza Blitz – Turmoil And Tragicomedy At The BBC.
Source: The Malaysian Insider
View the original article here
This post was made using the Auto Blogging Software from WebMagnates.org This line will not appear when posts are made after activating the software to full version.
RSS Feed
Twitter

0 comments:
Post a Comment